Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 22, 2009

Kuih 5 pagi (5 a.m. Cookies)


Hari Raya Aidilfitri pada setiap merupakan hari raya yang cukup dinantikan oleh segenap manusia termasuklah aku. Tapi, raya Aidilfitri 2009 melakarkan memori yang paling ‘rumit’ sekali.

Setiap tahun, aku akan dipertanggungjawabkan membuat kuih raya *sejenis sahaja* biasanya Kuih Almond London yang menjadi pilihan. Tapi, tahun ni macam-macam kerenah nak siapkan kuih ni. Nak kata susah, tiap-tiap tahun dah buat. Entahlah agaknya aku yang lol lol sikit tahun nie.

Nak dipendekkan cerita, disebabkan akak kedua aku balik lambat *jumaat 18hb aku terpaksa buat kuih raya malam sabtu *entah kenapalah aku pilih malam sabtu. Malam raya pulak tu!* Tapi aku mulakan jugaklah kerja-kerja pembuatan tu jam 10 malam sebab ada saudara *orang jawa panggil Dayo* yang datang. Lagipun petang sabtu tu aku habiskan mengelap tingkap kaca x10 buah. Penat macam mana pun, aku terpaksa buat malam ni jugak sebab mak dah sindir-sindir dah. So, aku dah janji nak buat malam tu.

Pembuatan bermula dengan jayanya dan aku berjaya menyiapkan adunan biskut. Tapi, buat punya buat adunan macam tak jadik. Dengan selamba poyonya aku tanyakan pada master chef aku *akak kedua yg dah pakar buat kek & biskut

“Kak Na, apesal jadi macam ni?”soal aku bodoh.

“Eh, kau letak sukatan betul ke ni?”soal akak macam nak marah. Aku dah naik bulu tengkuk dah ni. Takut punya pasal.

“Dah betullah tu! 500gram kan?”soalku. Akak meminta aku menge‘check’ kembali. Bila di‘check’…sah! Mentega yang aku sangka 500gram tadi sebenarnya 250 gram. Masak! Nak tak nak aku kena betulkan balik adunan tu atau tidak adunan tersebut akan menjadi bahan terbuang. Nasib baik mentega masih mencukupi. Tapi, telur pulak tak cukup. Cuma ada sebiji telur, sedangkan aku perlukan 2 biji kuning telur. Aku kejutkan mak yang sedang lena diulit mimpi di ruang dapur *penat memasak sampai tertidur mak aku.

“Mak telur ayam masih ada lagi tak?”soalku. Maklumlah sekarang season ayam bertelur, so mesti ada telur ayam yang boleh aku gunakan.

“Kat bekas biru”suara emak *dipendekkan cerita* dalam keadaan mamai. Aku ke tempat yang dimaksudkan dan mengambil sebiji telur ayam yang nantinya akan menyelamatkan aku. Opss..maksud aku kuih Almond Londonku. Akhirnya, aku berjaya menyiapkan adunan dengan bantuan Yeossy, kakakku.Nasib baik. Tapi..aku kena siap baker kuih pulak. Keseorangan aku adun biskut menjadi bulatan sampai jam 5 pagi, tapi masih tak siap-siap. Bila terasa macam nak kejang aje. Aku rehatkan badan. Dan..akhirnya tertidur. Jam 5.30 pagi aku tersedar. Rasa Give Up dan aku berhenti sampai takat yang aku mampu seterusnya masuk ke dalam bilik. Tidur.

Pagi raya tu, menjajar aku buat kuih raya. Nasib baik Kak Jaie siapkan coklat untuk biskut dan tepat jam 9 pagi (*kalau tak silap aku) barulah kuih tersebut siap. Huh! Lega! Habis satu hari raya aku dengan cerita aku membuat kuih raya sampai jam 5 pagi, pastu tertidur dekat oven Huh!

No comments:

Post a Comment

clearly la!