Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan-Kareem

Salam Ramadhan rakan-rakan blog sekalian! Kali ni cerita yang berbeza; setiap hari di bulan Ramadhan Kareem tahun ini. Semuanya mungkin tidak banyak beza berbanding tahun lalu. Pengalaman hidup setelah agak berumur kini dan kerdilnya kita hidup di bumi Allah SWT yang luas ini! Satu kenyataan hidup yang azali .
Banyak yang dipelajari dari ceramah dan penceritaan televisyen, blog, buku dan rakan-rakan. Alhamdulillah. Antara yang boleh dikongsikan tercoret di sini sebagai ingatan buat semua yang membacanya dan diri sendiri.

1. Dalam siri Reflections (TVAl-Hijrah) Ramadhan ini, menceritakan bahawa Kejayaan sepatutnya melahirkan kemurahan hati. Maksudnya, kejayaan yang diperoleh setiap manusia di muka bumi; baik kekayaan mahupun kesenangan semakin membuatkan diri kita memandang ke bawah, bersedekah dan lebih memberi kepada insan yang memerlukan. Dengan itu, rasa hati yang tenang juga dapat lahir. Alhamdulillah. Ingatan yang mudah untuk hati yang selalu melupakan. Jadi, tanamkan dalam diri kita bahawa setiap rezeki yang diperoleh juga hak bagi orang yang memerlukan. 

2. Rezeki bulan Ramadhan Kareem yang datang dari Allah SWT tanpa diduga. Pastinya, ada di antara kita yang dikurniakan rezeki begini. Contohnya, kita teringin nak minum atau makan buah laici dalam tin. Kita merancang untuk membeli minuman tersebut untuk berbuka esok. tapi, berkat rezeki yang diberikan Allah SWT, se-tin minuman laici itu diberikan seorang hamba-Nya ikhlas. Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki insan terbabit.

3. Hebatnya kalimah بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang) yang selama ini diajar kepada kita. Nabi Muhammad S. A. W suka memulakan setiap segalanya dengan kalimah ini. Maka, setiap kali masuk keluar rumah, makan minum dan segala-galanya, hendaklah dimulakan dengannya dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Jika kita cuba sedikit demi sedikit, InsyaAllah.. lama-lama usaha itu pasti membukit. Dengan izin-Nya.

4. Kepetingan kita mempelajari ilmu agar sentiasa merendah diri pada kekuasaan-Nya. Sejujurnya, manusia cuma zarah kecil dalam semesta yang meluas ini. Setiap hari, ada sahaja ketidak-puasan hati  terhadap hidup; lebih teruk lagi ada yang menyumpah seranah. Ilmu penting dalam memberikan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul untuk mengelakkan dari perasan ragu-ragu. Penuhkan diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat seadanya. Bak kata pepatah dari Ustaz Pahrul Juoi yang datang memberikan ceramah di kampus bahawa jadilah manusia yang berada di tempat air yang rendah berbanding air yang lebih tinggi. Sebabnya, air yang lebih rendah tempat air berkumpul, kan? 

Suka diingatkan di sini bahawa setiap yang baik itu datang dari-Nya. Yang buruk itu datang dari saya jua. Salam bagi yang membaca. Terima kasih. 

Wednesday, July 4, 2012

Sewa yang mendukacitakan~

Hai. yasihteru7 di sini. Macam biasalah, asyik-asyik mengadu nasib cerita tentang masalah yang baru berlaku. Memanglah, agaknya sudah ketentuan Illahi nasib kami jadi begini. Teraniaya. Kalaupun terpaksa bayar, memang bayar dengan muka macam nak hempuk aje. 

Memang tak guna kitaorang semua menentang, sebab memang sentiasa kalah punyalah. Jangan kata dia nak dengar, lagi kitaorang semua kena maki lagi adalah. Ceritanya macam ni, aku duduk dekat rumah sewa berdesign macam apartment tu lah. Memang agak selesa dan kebetulan dekat dengan IPTA aku sekarang ni. Sewanya dari semester ke semester semakin meningkat naik; membuatkan kami yang duduk di sini semakin panas hati. Mula-mula kami yang jarang marah nie, tahan sedaya mungkin. tapi, memang dah betul-betul menguji kesabaran bila pihak pengurusan kata nak kenakan bayaran barangan elektrik *kami bayar elektrik dan air bersama bayaran rumah* nak tak nak, kami selaku warganegara yang bertanggungjawab ni pun bayarlah..

Tapi kali ni memang!! 

Bayaran sewa masa cuti semester sama harga macam biasa *sebulan duduk* memanglah kata nak buat style rumah sewa, tapi hujung-hujung bulan macam nie, korang expect kitaorang ada duit ke nak bayar? Kilang cop duit pun dah tersekat-sekat hujung season semester macam ni. Entahlah macam mana nak settlekan. TT_TT menangis jap.

Tuesday, March 27, 2012

Cinta Untuk Muhammad Hariz


SINOPSIS 

Yasmin dan Hariz mengenali hati budi masing-masing ketika sama-sama tersesat ketika ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu semasa di tingkatan tiga. Sejak mengenali Hariz, Yasmin merasakan hatinya sudah terpaut pada lelaki itu tetapi dia hanyalah si kasar pada pandangan sahabat baiknya itu. Akhirnya, perancangan hanya tinggal perancangan. Hariz memilih gadis sekampus, Batrisha sebagai kekasihnya.

Yasmin pergi meninggalkan sekeping surat kepada Junaina untuk diserahkan kepada Hariz selepas majlis persandingan di rumah lelaki itu.

Surat cinta yang tidak akan pernah diundang datangnya dari Yasmin Nur. Tapi.. bukankah semuanya sudah terlambat. Dia sudah membuat pilihan terakhirnya. Tapi, makna cinta yang tidak diundang itu benar-benar berjaya mengusik hatinya. Cinta untuk Muhammad Hariz. Daripada siapa? 


CINTA UNTUK MUHAMMAD HARIZ - FFS


Assalamualaikum WBT

Kehadapan Hariz yang sentiasa diingati. Maaf sekiranya utusan ini mengganggumu di hari bahagiamu. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik antara kalian, untuk Muhammad Hariz dan Batrisha. Semoga kebahagiaan sentiasa melingkari kehidupan kalian selepas ini. Aku tumpang gembira. 

Hariz, aku tahu kau akan melamar Batrisha kerana kau benar-benar serius bercinta dengan dia. Kau pernah katakan yang kau sudah bersedia menikah dan aku nampak kau tunaikan kata-kata kau dulu bila cincin arwah mak kau ada di jemarinya. Tahniah. Kau memang seorang yang sangar berpegang pada janji. 

Jujur, aku harap kau padamkanlah rahsia kehadiran surat ini daripada Batrisha. Aku tidak mahu dia curiga pada kau dan tahu perasaan yang telah lama ku pendam buat kamu, Hariz. Kau tentu terkejut. Perasaan apa yang aku cuba katakan..? Aku rasakan ianya cinta. Cinta untuk Muhammad Hariz.

Aku mengaku, aku bukanlah seorang yang romantis atau pencinta agung yang pandai menyusun kata-kata. Aku lebih memilih untuk tidak mengatakan cinta dan sayang aku kepada kau. Bila aku sudah mendapat kekuatan, segalanya sudah terlambat. Semua sudah berakhir sebelum bermula.

Aku gembira kau sudah menemukan bahagiamu, Hariz. Yang pasti, kita tidak akan jadi seperti dulu, kerana aku pula sedang merencanakan pula kebahagiaanku kini. Aku tersilap langkah. Aku terperangkap dengan persahabatan dan semangat setiakawan kita. Persahabatan kita mungkin juga dah berakhir dengan ungkapan cinta aku. Aku minta maaf. Maaf di atas kehadiran surat tidak kena masanya. Terima kasih, kawan! 

Selamat berbahagia,
Yasmin N

_________________________________________________________________________________


Surat yang satu itu dibaca dan dipandang lama. Ah..bodohnya, Yasmin! Kenapa..?? Dia melepaskan pandang ke luar tingkap. Segaris senyuman yang diukir tidak dapat dirungkai maknanya. Suasana meriah memenuhi perkarangan rumah bandung bertingkat milik keluarga Hariz hari itu. Hari di mana majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di rumah pihak lelaki. Pakaiannya hari itu ditaja khas oleh rakan sekuliah yang memiliki butik pengantin sendiri. Warna perak yang sedikit cerah pada tali leher dipilih. Tampak cantik bila dipadankan dengan tux hitam. Nama Yasmin Nur dan bayangan gadis yang agak kasar itu berlegar-legar di ruang fikiran. Hariz leka.

“Hariz..?” suara wanita yang memanggil nama Hariz perlahan itu mengganggu lamunannya. Siapa?

“Tahniah, ya! Surat tu.. aku minta maaf banyak-banyak sangat. Lambat sangat beri surat tu. Sampai dah tiba majlis kat rumah engkau pulak. Suami aku outstation masa korang nikah. Tak sempat nak bagi. Inilah ‘pesanan terakhir’ dia.”

“Hishh..apa cakap macam tu? Tak baik.” tegur si suami. Hariz tertawa kecil. Senyumnya melebar. Seketika kemudian, dia rasa terharu mengenangkan isi surat yang diterimanya.

“Terima kasih, Jun” ikhlas dari lubuk hati. Jasa baik Jun pasti akan dibalasnya satu hari nanti. Hari ini semuanya sudah berlalu, meninggalkan kenangan semalam yang rupa-rupanya menyimpan satu lagi cerita cinta. Tanpa disedari.

“Sama-sama. Semoga berbahagia, Hariz. You look sad. Kenapa? Pasal surat tu?” soal Junaina. Bayi di tangan menguap kecil. Pantas tangannya menutup mulut anak itu.

“No.. aku okay. Just fine. Lagipun semuanya dah berakhir antara kami. Semuanya dah tertulis sejak dari Luh Mahfuz. Tersurat jodoh kami macam tu.” jelas Hariz.

Anyway.. you look nice and macho, man!”puji Jun. 

“Jun..nak puji cover-cover sikit, ya. Abang ada kat sebelah ini..” amar suami Junaina, Shahrul. Masing-masing ketawa. Anak kecil di tangan mengeliat. Junainah yang mendukung jadi gundah seketika. 

Where's the bride?” soal Shahrul. 

“Bilik sebelah. Entah apa agaknya yang nak dibetulkan. Dia dah siap awal lagi dah tadi.” suara Hariz tentang isterinya.

“Aku nak tengok minah tu pakai dress labuhlah! Teringin!” suara Junaina.

“Kempunanlah kau, Jun. Dia tak mahu pakai dress labuh tu walaupun puas kena pujuk. Ambil gambar outdoor nanti baru dia pakai” terang Hariz. 

“Perangai tak berubah-ubah betul mak cik tu! Kau jangan risau, Hariz. Nanti aku lecturer dia sikit! Kahwin ni sekali seumur hidup!” suara Junaina lagi.

“Kasi kaw-kaw sikit ayat tu, okay?” tambah Hariz. Shahrul membiarkan Junaina berlalu bersama bayi mereka. 

“Riz.. tahniahlah kat korang berdua. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat” suara Shahrul. 

“Dapat anak, ke anak cucu. Hai, pakai ayat standard nampak? Dah berpuluh-puluh orang cakap macam tu kat aku. Pakailah ayat canggih sikit. Dah tahun berapa dah ni..”suara Hariz menyakat.

“Ah..engkau! Semoga dapat timang anak cepat-cepat, ya? Macam aku sekarang” terburai ketawa antara keduanya. 

“Eh..nantilah. Aku nak berdua dulu. Nak bulan madu lama sikit” nakal suara Hariz. 

“Oi.. umur masing-masing dah 30 tahun, masih nak berdua lagi ke? Sebelum kahwin pun, kan selalu dah berdua. Masih tak puas-puas lagi?” tanya Shahrul. 

“Itu time berkawan, Rul.. tak sama feelingnya macam lepas kahwin ni..” ketawa lagi.

“Kawan? Hah..apa-apa ajelah yang kau rancang. Aku doa yang terbaik.” ujar Shahrul. 

“Hmm.. Riz.” Shahrul menepuk bahu Hariz perlahan. 

“Hah?” 

“Kau jemput dia tak?” 

“Siapa? Dia? Owh, dia.. jemput. Takkanlah aku tak jemput. Kawan.” 

So.. how is she?” 

“Entahlah.. aku tak tahu dia akan datang atau tidak. Kau rasa, dia nak datang ke?” jawapan sambil lewa Hariz menghadiahkan senyum di bibir Shahrul. 

“Eh, kenapa kau senyum pulak?” soal Hariz. 

“Takde apalah. Peehh! Gambar nikah korang ni cantiklah. Tempah mana?” sengaja Shahrul menukar topik perbualan. Meninggalkan Hariz yang masih berteka-teki. Gambar nikah yang diambil kelihatan elegan dan berkualiti. Cantik dan perfect. Nice shot. 

“Kawan recommend. Jurugambar baru. Tapi, profile dia memang bagus. Isteri aku yang pilih. Aku okay je. Tadi dia ada. Agaknya tengah makan kot.” terang Hariz. 

“Gambar outdoor ambil bila?” soal Shahrul. 

Next week. Lepas balik honeymoon kat Pulau Sipadan.” 

“Sipadan? Bang, bila kita nak ke Sipadan pulak, bang? Laut dia cantik bang. Air jernih..” entah bila Junaina masuk. Terus menyampuk masuk. 

“Jomlah ikut kitaorang” pelawa wanita dengan dress pendek mengikut bentuk tubuh berwarna putih gading itu. 

“Ehh.. mana boleh. Kitaorang tak mahu ganggu mood pengantin baru.” sakat keduanya. Si isteri tersenyum manis. 

“Hmm.. kami nak turun dululah. Nak merasa nasi minyak korang. Dah lama teringin sangat." suara Shahrul. 

“Laa.. belum makan lagi ke? Dah.. pergi makan nasi minyak kitaorang. Dulu teringin sangat!” suara Hariz diikuti oleh tawa isterinya. 

“Eh.. ni. Surat siapa ni?” surat daripada Yasmin yang dipegang oleh isterinya itu pantas dirampas. Dalam debar yang cuba ditahan, dia menarik nafas perlahaan.

“Amanah” jawapannya menimbulkan tanda-tanya.

_________________________________________________________________________________


PULAU SIPADAN, SABAH – Bulan Madu

“Saya masih tak percaya yang hari ini akan tiba..” suara si manis itu. Di tangannya 3 kuntum ros putih. 

“Tak percaya?” soal Hariz menduga. Nafas panjang dihela. 

“Bukan. Lebih kepada tak yakinkan diri sendiri. Iyalah saya ni..” jawab gadis itu. 

“Bila awak nak panggil saya dengan panggilan mesra ni? Lama dah orang tunggu.. teringin pulak nak dengar isteri kita ni panggil” sakat Hariz, mematikan perbualan tadi. Isterinya tersenyum. 

“Nak dengar ke?” cuba bermain tarik tali.

“Takut kempunan telur tembakul..” suara Hariz lagi. Isterinya sekadar merenung lama. Langsung tidak lagi bersuara. 

“Okaylah, sayang..” ungkapan ‘sayang’ pada bibir itu kedengaran merdu dan indah sekali. Segaris senyuman di bibir menghadiahkan bahagia pada Hariz. 

“La.. kenapa pulak ni? Salah ke? Tak suka?” wajah suaminya yang tergumam dipandang lama. 

“Sayang tahu tak, this is the first time you ever call me ‘sayang’ ” jelas Hariz. Suasana bertukar sepi. 

“Maaf. saya takut awak tak suka. But now i promise to call you ever. Promise.” janjinya. 

Are you sure? Because there are no turning back for you honey dearest.” usiknya.

You have my words” 

“I should give you this” surat tulisan tangan daripada Yasmin Nur diserahkan kepada isterinya. Tangan itu kelihatan teragak-agak. 

“Surat ni..? Yang hari tu?” soalnya. 

Open it.” wanita itu membuka sampul surat tersebut. Tingkahnya terhenti bila sebaris nama penulis itu dibaca. Matanya berair. 

“Abang terima surat tu masa majlis kat rumah abang.” jelas Hariz. Titisan air mata jernih mengalir dari mata wanita di sisinya.

“Masa majlis kat rumah abang? Tapi..” ada persoalan di situ. Deruan angin yang dingin terasa sehingga ke tulang sum sum. Namun, antara Hariz dan isterinya, masing-masing menanti penjelasan. 

Your naughty postman gave it to me.” ternyata apa yang didengar sebentar tadi tidak salah lagi. Yasmin berdiam diri. Matanya terarah pada anak mata lelaki yang dikasihi sepenuh hatinya; suaminya. 

“Dia melaksanakan amanah Yasmin padanya. Walaupun.. terlambat dari jangkaan. ”senyuman yang lebar terukir di bibir lelaki itu. Tangannya lantas memeluk pinggang si isteri. 

“Sejuknya..” suara Hariz lagi. 

“Jadi.. it’s not because of it i gave up my love to Batrisya. It was you who change my heart.” hati wanitanya tersentuh dengan baris ayat itu. Dia tidak menyangka.. bahagia ini hadiah miliknya! 

“Kenapa?” soalnya ingin tahu. 

“Abang tak sanggup nak lihat best friend abang kahwin dengan lelaki lain? Can you take that for answer?” nakal sekali suara itu mengusik. 

“Boleh, kot. Tapi, malam ni abang tidur kat pantai ya?” ujar Yasmin seraya menolak perlahan tubuh suaminya dan bergerak meninggalkan lelaki itu sebelum.. 

“Mana boleh masuk. Kunci kat abang.” menyesal sungguh Yasmin memberikan kunci bilik kepada suaminya sebentar tadi. Sepantas kilat Hariz meraih pinggang isterinya. Beriringan mereka menuju ke arah chalet mereka. 

“Ingat tak masa abang berkenalan dengan Batrisya?.” soal Hariz memulakan bicara. 

“Apa tak ingat pulak? Sampai orang tu sanggup makan roti kering sebab nak belikan kasut Jimmy Choo pada makwe..” sindir Yasmin dalam gurauan.

“Bukan.” sangkal Hariz. 

“Habis tu? Masa orang tu skip kuliah sebab nak hantar girlfriend dia kat Pudu?” soalnya lagi. 

“Alah, macamlah abang tak pernah hantar Yasmin ke Pudu tu. Bukanlah, sayang! Jauh sangat time tu! Yang lain?” sengaja dia ingin menduga isterinya perihal Batrisya. Menguji sejauh mana wanita itu telah bersabar kerana dilukainya. 

“Kenapa saya nak kena teka bahagian mana pulak ni? Tak nak cakap, sudahlah!” rajuknya. Hariz tersenyum. Salahnya yang ingin mendera perasaan wanita itu. Hariz meraih tangan isterinya bila tangannya terurai dari pinggang isterinya. 

“The first moment i told you about her is.. I suka sifat lembut dalam dirinya. Tapi, semakin abang sedar, abang tak sesuai dengan kelembutan dalam diri Batrisya. I prefer a tough and outspoken person like you. Which i have meet a long time before. Maaf sebab ianya mengambil masa yang lama untuk kita sampai ke tahap ini, Yasmin. Abang tahu, Yasmin ada banyak pilihan lain yang lebih baik dari abang. Tapi, Yasmin still tunggu abang.” suara Hariz lagi. 

“Oh..tough and outspoken, ya? Dulu siapa yang kata perempuan mesti baik, graceful..bla..bla..bla” 

“Habis nak buat macam mana, kalau hati dah terpikat dengan si cantik garang ni.” usik Hariz.

“I think i’ll that that as compliments.” sebenarnya hati Yasmin sudah dipenuhi dengan rasa cinta. Cinta untuk Hariz. 

“Boleh saya bangkitkan satu soalan lagi tentang dia?” soal Yasmin meminta keizinan Hariz. 

“Asalkan abang boleh jawab.” itu balasan Hariz. 

“Apa lebihnya Batrisya dan kurangnya saya? Kenapa Batrisya dan bukannya saya?” Hariz tahu sekiranya soalan ini salah dijawab, ia pasti akan mendatang masalah di kemudian hari. Masalah buat dia dan Yasmin yang selama ini terluka kerana berusaha memendam cintanya. 

“What i can say is.. love is full of surprises. Macam kita. Abang percaya pada jodoh yang Allah SWT tentukan pada kita, sayang. Liku hidup yang kita lalui itu mencorakkan lagi perasaan cinta kita. Abang tak dapat nak jawab kenapa. Tapi, abang yakin yang abang dah lama jatuh cinta pada Yasmin Nur. Macam Yasmin Nur abang ni jugak. Cuma abang tak faham, why it takes you so long to commits your love to me? Lepas tu, kenapa pilih nak berterus-terang masa majlis kahwin kat rumah pengantin lelaki? Pakai cara kolot pulak tu. SMS ke atau emel ke, kan senang.” Hariz lihat isterinya ketawa kecil. 

“Bukan senang nak mengaku tau! Lagipun, pakai surat lebih bagus. Takut mesej tak sampai ke tangan abang lepas tu takut tersalah emel. Kalau bukan Jun yang beriya-iya push saya..sampai sekarang saya tak mau mengaku.” masing-masing ketawa. 

“Banyak sangat tengok cerita tv. Ishh.. kuat terpengaruh betul!” komen Hariz. 

“Lah, salah ke? Orang pakai cara lama. Baru romantik tau.” jawab Yasmin. 

“Kalau tak sampai? Kalau Jun tak hantar?Tanggunglah risiko sendiri, tau. Abang tengah berbahagia dah sebab dah nikah time tu.” sengaja dia mengusik ‘cara lama’ isterinya, walhal dia sendiri pun tidak menyangka Yasmin yang gilakan gadget masih lagi menggunakan cara lama menyatakan isi hatinya. Macam budak-budak betul!

“Iyalah. Bak surat tu. Nak koyak.” rajuk Yasmin. 

“Ini abang punya. Secret admirer abang yang bagi. Yasmin punya nanti abang suruh posmen hantar. Pakai pos laju. Nak tak?” bukan main terkejut lagi Yasmin mendengar jawapannya. 

“Hah?" 

“Balik honeymoon nanti..” seiringan, Hariz menarik lengan Yasmin ke bilik mereka bersama dengan hati yang penuh dengan rasa bahagia. Harapannya semoga cinta ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa mereka.. dan anak-anak mereka.

_________________________________________________________________________________


Assalamualaikum Warahmatullah,

Yasmin Nur yang Hariz kasihi dan sentiasa cintai dengan setulus hati. Sayang, semoga perkahwinan kita lebih mengeratkan lagi rasa yang dahulunya tidak pernah kita sangka kita kongsikan bersama. Yasmin Nur Hariz yang sentiasa tersenyum. Senyum yang dalam diamnya menanggung perit derita. InsyaAllah, abang akan menebusnya dengan senyuman bahagia.

Sayang ingat pada cincin arwah mak Hariz di tangan Batrisha? Jenuh Hariz minta dia pulangkan semula. Cincin itu bukan untuk dia. Hariz tahu, Batrisha sendiri pun tahu tentang tu. Sebab tu, dia beriya-iya tidak mahu mengembalikannya semula. Akhirnya, dia mengerti. Dia berikan cincin tu semula sebelum kita ke Pulau Sipadan. Doanya agar kita berbahagia selamanya. Dia minta maaf sebab tipu sayang. Cincin tu dia curi daripada Hariz.

Lain kali kita pergi mendaki Gunung Kinabalu lagi, nak? Hariz rindu suasana dulu. Walaupun waktu tu kita tersesat, kita masih boleh bergelak ketawa bersama. Terima kasih sangat pada Yasmin Nur abang ni. 

Let bygones be bygones. Kita bina hidup baru kita. Hidup Yasmin Nur dan Muhammad Hariz. Kita sahabat baik dan suami isteri sepanjang hidup ini. Hariz tahu yang Hariz dah temui makna soulmate pada satu-satunya Yasmin Nur di dunia ini. I love you!

Belongs to you     
Muhammad Hariz
*cincin -> hadiah hati Hariz buat Yasmin Nur sayang.


“TAMAT’
(28hb Ogos 2009)

Thursday, August 25, 2011

Kenangan Terindah~

Hai. Entri kali ni mungkin entri yang paling tulus ikhlas lagi suci murni daripada yaishteru7; kenangan terindah. Anyway, isinya masih lagi all about cerita cinta. Yup! Kali ni dapat tahu satu kebenaran lagi dan teramat kecewa. Memang sangat kecewa dan ada laa.. yang tertumpah-tumpah tu :D

Bila diingat-ingatkan balik, memang rasa sangat dungu dan perasan sendiri sungguh! Tapi, nak buat macam mana dah memang yaishteru7 ni cepat perasan orangnya. Jadi macam tulah yang berlaku. Perasan sendiri, lagi. Okay memang ada kait mengait [ yan ke? ] dengan kisah entri lepas. Satu soalan; kalau dah tahu kita terperasan sendiri tu.. macam mana ya? hmm..~

Okay. Ni ada sedikit tips yang boleh dikongsikan untuk mereka yang dah.. terperasan sendiri dan nak pulihkan hati mereka tu [ cara ni mungkin berkesan. mungkin juga jadi sebaliknya ]




AMARAN: 
ENTRI ini mengandungi kata2 yang MEREMUKKAN bertujuan untuk MELUPAKAN dan menjadikan anda MENYIMPAN sahaja perasan tu jauh-jauh. TERIMA KASIH! :D


1- Untungnya, jika kita tidak sempat memberikan walau satu klu mahupun petunjuk direct yang menyatakan feeling terbabit. Bersyukur lah.. sebab sekurang-kurangnya lepas ni kalau kita bertembung ke, bertemu ke, ber.. macam-macam ber lagilah ke kita tak dihimpit dek rasa malu tu. InsyaAllah. Okay. He~

2- Sentiasalah reda dan beringat bahawa yang baik itu selalu mendahului yang terbaik. Sentiasa juga ingat, yang tercantik tu selalu mendahului yang cantik. [ perasan sendiri sudah :D ] bukan bermakna kita tak baik atau tak cantik, tapi.. semuanya sudah tertulis di tangan takdir. Sila terima. [tegas!]

3- Kawan sekampus yaishteru7 pernah cakap.. orang yang tidak meluahkan rasa cinta dan meninggal tanpa sempat meluahkan rasa cinta tersebut pada orang yang dicintai. InsyaAllah matinya syahid. InsyaAllah.

**kredit to youtube owner and YG Ent. + VIP Big Bang!**


**kredit to youtube owner + Cube Ent. + B2st**

4- Dengar lagu sedih memanjang. Eg: Hmm~ [ apa ya? ] contohnya.. lagu apa-apa ajelah. Layan lagu rock kapak or k-pop manjang pun boleh [ dengarlah lagu Haru-Haru by Big Bang! or Fiction by B2st]. Takde hal lah!

5- Melihat facebook / twitter / tagged / blog / etc mereka [ orang-orang yang terbabit ] supaya hati anda lebih remuk, patah dan tambah berkecai lagi. Biar berdebu. lagi bagus. Senang nak lupakan dan cari baru~ [ macam cawan yg dah pecah, beli baru sudah. takkan nak gam balik. paling untung pun kita simpan serpihan tu. buat kenangan terindah :D *tajuk entri ini* ]


6- Tengok cerita korea yang ada watak perasan sendiri [ atau cinta tak terluah ] Eg: He's Beautiful? Boys Over Flower? Playful Kiss? **tak boleh tengok sebab watak dia perasan tapi akhirnya dapat! Ah~**  etc..

Okay. Fine. thats all info. Lain kali yaishteru7 bagi info lagi ya. Ha~ take care. always.

Thursday, August 11, 2011

once u turn back. u 'll think about it again~

.. just started to write again after long hiatus~ ha, not that long la. Anyway. as usual, today i wake up and put cloth to washing machines and let it go sunshine. sleep and wake up. not much to do. as usual and forget to write finance notes. sigh~

oo.. bout the topic.

once u turn back. u'll think about it again~

 i'm not kind of person whom love to think bad about others but sometimes we just can't forget what we do it past time which exactly not a good deed *i would say* and yes, sometimes looking back at my high school times i do regret. To tell ya.. okay. there's one very good looking boy in my class and he's one of a kind that makes ur heart melts; like the way i felt. haha~ and 'many' adorable girls *including me* we fond by him. making competition to get through his attention goes hard. Indeed. there's a mix girl in same class *he like her* and a year later they were a couple. I .. dislike her. but not straight forward about it and i guess she knows it well. she's my another friend best friend and usually *i think laa* my best best friend often chooses her instead of me. so.. yes. i dislike her and our relationship can't go well because of me. maybe it was too obvious to her. Feeling bad lately! when i saw her in FB etc.. just regret it. she such a beautiful mix girls that never ever hurt me and yet i treat her that way~ huu T_____T

ha. ad satu kisah lain ni pulak. tringat kt kwn ni. Dia seorang gadis yang kalau dipandang terlalu cantik sehinggakan kecantikan dia tu sukar dilupakanlah kiranya. Kalau tengok dia bukan takat cemburu lagi.. tapi terus rasa macam nampak bidadarilah rasanya *berangan* ha, orangnya pandai dan sangat.. lembut dan tegas pada masa yang =.. kami baik2 je. tp, ad 1 insiden ni yg buat nilai tu jadi macam bursa saham time ekonomi jatuh aka susut. ad 1 masa ni.. ak nk check laa profile dia kt fb. cerita dia. so, search laa nama dia. the result is. dia remove ak! atas alasan apa? tidak diketahui. sejak tu, langsung tak pernah dtg rmh dia. sbb *terasa hati* yg dia x suka. so, buat ap dtg. hmm.. apapun ak dah maafkan dia. cuma hati ni masih terasa. tapi apakan daya. kalau org dah x suka nak buat apa lah kann..?

tetiba pulak teringat pasal kisah sorg kwn nie lg. lately dia tulis kt fb yg dia dah di hired bekerja kt kaw sekitar Kuala Lumpur. Alhamdulillah~ rzeki dia. bgs laa. cpt kerja.. cepat kahwin. calon pun dah ada. UPU dia d-.. so agk kesian juga. tp, lain kali dia bo cuba kan? orgnya bijak.. tentu ad pluang~ anyway wlaupun ak x tlis kt FB dia congratulations .. tp deep inside in my herat i always did. good job man! :D

kisah last but not least. sejak ak dipercikkan o minyak masak ahad lepas.. semuany cam tak kena. *ini cerita lain, tpesong pulak* kembali kpd storyline.. mula2 ak ingt nk get flow through wind je *skandal jawa x berapa jd* tp smkin lama nk lupa semakin byk pula yg aku rsa suka tentang dia~ semua *maklumat yg ak stalker* uu~ seramnya! daripada dia mencerminkan dia sbg 'lelaki idaman ak' ad ke status mcm tu? bila renung-renungkan balik cam ad hikmahnya. insyaAllah kalau ad rzeki tu adalah~ kan? kpd yg mmbc entri ni. sila doakan laa ya.. :D amin V.____.V

selamat berpuasa. salam ramadhan. good luck. study smart dan.. smile always with love to Allah SWT. see u ni next entri ok!

Saturday, August 6, 2011

Pengakuan Cinta Sejati~

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku memiliki lebih dari itu~
Bait indah diatas dipetik dr sebuah lagu merdu yang selalu meruntun hati ini :D Judulnya Perpisahan Ini yang dilantunkan oleh 1st Edition ft Aizat Amdan. Mulanya, memang tidak mendapat tempat.. tapi bila dengar punya dengar punya dengar.. sedapnya lagu ni. Macam coastlaw yang dibeli di ... ha~
Lagu tu turut diminati oleh pakwe jawa tak berapa menjadi yang ada di blog dia. Sedap dengar. Sakit hati juga bila difahami maksudnya.. ada kisah yang tak kesampaian. Iyalah. Dia pun manusia biasa.. tentu ada kisah dan cerita <3 masa lalu yang terlayar di hati dan ingatan. Nak jadi lebih menyakitkan hati lagi, saya yang sangat 'naif' ini membaca karangan dia di blog tentang seorang gadis yang cuba dimilikinya satu masa dahulu. Gadis itu sudah kembali tidak dimiliki.. theres go my chance. Blow by the wind~


Nobody know just why we're here
Could it be fate or random circumstance
At the right place at the right time
Two roads intertwine

Ini pula adalah bait indah lagu dendangan kumpulan Rivermaya yang berjudul You'll Be Safe Here yang juga diluahkan oleh si dia pada kekasih yang tercintanya. To make it even easier let me type it in english *even though broken english* anyway statement in this song did intertwine 'him' and his girl. Letting me alone crying. Haa~ but i know he deserve to. After a long wait and heartbroken stories. Poor guy. Lucky girl. Happy <3 i hope so~

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelapnya mimpimu
Aku setia di sini mengusap tengismu
Menemani sunyi di hatimu~

Ini lagu kesukaan aku sendiri. Dari 6ixth Sense Yang Sempurnakanku. Klip video dia agak keanak-anakkan tp still come' .. Duduk kat tepi Pantai Klebang , BBQ dengan kawan2, pastu ujan lebat mengingatkan aku pada memori malam tu. Aku duk kat tepi pantai berangan sendiri. Kawan2 plak main lagu ni kat phone diorang. Sedap layan. Sangat touched! Yeah!

Wednesday, May 18, 2011