Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 25, 2010

Biawak confirm binatang yg pling ak benci!

Kenyataannya; biawak muncul juara binatang yang paling dibenci..hahaha:P

Sebenarnya, bukan aku ada dendam dengan keturunan biawak or something like that, tapi mengenangkan kekejaman biawak *karnivor..iya ke??* membuatkan aku sakit hati.

Dimulakan cerita, aku nie tinggal dekat kawasan kampung or subbandar laa kiranya. Kiranya membela ayam itik dan angsa merupakan aktiviti biasa perkampungan *iya ke?* Seperti biasa di suatu petang yang sunyi tengah aku syok-syok nak menyapu rumah tetibe mak ayam menjerit melolong!!
"Ketoook...ketook"dengan cukup menyakitkan hati. Demi menyedapkan hati yang panas, aku keluar ler tengok. Alangkah terkejut badaknya aku apabila terlihat seekor alligator *biawak aje* dengan mulutnya penuh dengan bulu ibu ayam tersebut. Ibu ayam menjerit. Anak-anaknya berlindung di sebalik pokok berbentuk pisang *kitaorang sekeluarga panggil pokok ram2*..si biawak tersebut ngan selamba badaknya tengok jer aku cam 'apa yang berlaku' kononnya. Macam dia tak bersalah sungguh ler.

Dengan bengang, aku mengejarnya dengan penyapu lidi. Geram sungguh! Maka aku mengejar biawak sampai ke belakang rumah. Sampai tercungap-cungap tau! *bangga*.. lalu menjerit..
"Jaga kau kalau aku jumpa lagi. Aku bunuh kau! b%$#@h punya biawak!" agak kuat jugak jeritan tersebut. Jangan-jangan jiran sebelah menyebelah pun dengar agaknya..

Setelah tu, aku masuk rumah dan basuh kaki..ibu ayam tadi pun semakin bertenang. Kesian dia, habis bulu badan. Agaknya kesejukan ler dia tidow malam nier..~~
xpew, ada anak2 dia..

Kes biawak makan telur, makan anak yam memang selalu terjadi. Kadangkala rasa macam nak tembak2 aje biawak nie kasi die hard punya. Ishh..nak kata kesian pun; baik tak payahlah!

Dulu, pernah sekali aku nampak biawak selamba aje tangkap anak ayam pakai mulut dia. Bila aku usir, dia selamba aje bawak anak ayam warna kuning tu pegi. Bila teringatkan balik hal tu, aku jadi sedih dan sayu. Kesian anak ayam tu. Kalau tak sekarang dah besar dah..*besar pulak buat najis mukhalazoh merata2*.. anak ayam tu merenung aku..rupa dia iras2 ming2 wonderpets, cuma lebih besar cket matanya.. Masa kejadian tu, bulan ramadhan. Kurang pahala aku sebab sumpah seranah biawak punya pasal..T_T

Ada sekali tu pulak, tetiba aje ayam kat umah aku terketok-ketok *bunyi ayam*.. bila aku tengok, rupa2nya biawak tengah nak makan telur dia. Selamba jer. Nampaknyer biawak lebih hebat dari ayam. Sebab ayam cam terkesima bila biawak datang nak makan telur dia. Ayam cuma mampu berbising aje. Sama macam time dia nak bertelur.

Kesimpulannya- Ayam vs Biawak = Biawak menang
Biawak vs aku = aku menang ler kot hehe~~

No comments:

Post a Comment

clearly la!