Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 27, 2012

Cinta Untuk Muhammad Hariz


SINOPSIS 

Yasmin dan Hariz mengenali hati budi masing-masing ketika sama-sama tersesat ketika ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu semasa di tingkatan tiga. Sejak mengenali Hariz, Yasmin merasakan hatinya sudah terpaut pada lelaki itu tetapi dia hanyalah si kasar pada pandangan sahabat baiknya itu. Akhirnya, perancangan hanya tinggal perancangan. Hariz memilih gadis sekampus, Batrisha sebagai kekasihnya.

Yasmin pergi meninggalkan sekeping surat kepada Junaina untuk diserahkan kepada Hariz selepas majlis persandingan di rumah lelaki itu.

Surat cinta yang tidak akan pernah diundang datangnya dari Yasmin Nur. Tapi.. bukankah semuanya sudah terlambat. Dia sudah membuat pilihan terakhirnya. Tapi, makna cinta yang tidak diundang itu benar-benar berjaya mengusik hatinya. Cinta untuk Muhammad Hariz. Daripada siapa? 


CINTA UNTUK MUHAMMAD HARIZ - FFS


Assalamualaikum WBT

Kehadapan Hariz yang sentiasa diingati. Maaf sekiranya utusan ini mengganggumu di hari bahagiamu. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik antara kalian, untuk Muhammad Hariz dan Batrisha. Semoga kebahagiaan sentiasa melingkari kehidupan kalian selepas ini. Aku tumpang gembira. 

Hariz, aku tahu kau akan melamar Batrisha kerana kau benar-benar serius bercinta dengan dia. Kau pernah katakan yang kau sudah bersedia menikah dan aku nampak kau tunaikan kata-kata kau dulu bila cincin arwah mak kau ada di jemarinya. Tahniah. Kau memang seorang yang sangar berpegang pada janji. 

Jujur, aku harap kau padamkanlah rahsia kehadiran surat ini daripada Batrisha. Aku tidak mahu dia curiga pada kau dan tahu perasaan yang telah lama ku pendam buat kamu, Hariz. Kau tentu terkejut. Perasaan apa yang aku cuba katakan..? Aku rasakan ianya cinta. Cinta untuk Muhammad Hariz.

Aku mengaku, aku bukanlah seorang yang romantis atau pencinta agung yang pandai menyusun kata-kata. Aku lebih memilih untuk tidak mengatakan cinta dan sayang aku kepada kau. Bila aku sudah mendapat kekuatan, segalanya sudah terlambat. Semua sudah berakhir sebelum bermula.

Aku gembira kau sudah menemukan bahagiamu, Hariz. Yang pasti, kita tidak akan jadi seperti dulu, kerana aku pula sedang merencanakan pula kebahagiaanku kini. Aku tersilap langkah. Aku terperangkap dengan persahabatan dan semangat setiakawan kita. Persahabatan kita mungkin juga dah berakhir dengan ungkapan cinta aku. Aku minta maaf. Maaf di atas kehadiran surat tidak kena masanya. Terima kasih, kawan! 

Selamat berbahagia,
Yasmin N

_________________________________________________________________________________


Surat yang satu itu dibaca dan dipandang lama. Ah..bodohnya, Yasmin! Kenapa..?? Dia melepaskan pandang ke luar tingkap. Segaris senyuman yang diukir tidak dapat dirungkai maknanya. Suasana meriah memenuhi perkarangan rumah bandung bertingkat milik keluarga Hariz hari itu. Hari di mana majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di rumah pihak lelaki. Pakaiannya hari itu ditaja khas oleh rakan sekuliah yang memiliki butik pengantin sendiri. Warna perak yang sedikit cerah pada tali leher dipilih. Tampak cantik bila dipadankan dengan tux hitam. Nama Yasmin Nur dan bayangan gadis yang agak kasar itu berlegar-legar di ruang fikiran. Hariz leka.

“Hariz..?” suara wanita yang memanggil nama Hariz perlahan itu mengganggu lamunannya. Siapa?

“Tahniah, ya! Surat tu.. aku minta maaf banyak-banyak sangat. Lambat sangat beri surat tu. Sampai dah tiba majlis kat rumah engkau pulak. Suami aku outstation masa korang nikah. Tak sempat nak bagi. Inilah ‘pesanan terakhir’ dia.”

“Hishh..apa cakap macam tu? Tak baik.” tegur si suami. Hariz tertawa kecil. Senyumnya melebar. Seketika kemudian, dia rasa terharu mengenangkan isi surat yang diterimanya.

“Terima kasih, Jun” ikhlas dari lubuk hati. Jasa baik Jun pasti akan dibalasnya satu hari nanti. Hari ini semuanya sudah berlalu, meninggalkan kenangan semalam yang rupa-rupanya menyimpan satu lagi cerita cinta. Tanpa disedari.

“Sama-sama. Semoga berbahagia, Hariz. You look sad. Kenapa? Pasal surat tu?” soal Junaina. Bayi di tangan menguap kecil. Pantas tangannya menutup mulut anak itu.

“No.. aku okay. Just fine. Lagipun semuanya dah berakhir antara kami. Semuanya dah tertulis sejak dari Luh Mahfuz. Tersurat jodoh kami macam tu.” jelas Hariz.

Anyway.. you look nice and macho, man!”puji Jun. 

“Jun..nak puji cover-cover sikit, ya. Abang ada kat sebelah ini..” amar suami Junaina, Shahrul. Masing-masing ketawa. Anak kecil di tangan mengeliat. Junainah yang mendukung jadi gundah seketika. 

Where's the bride?” soal Shahrul. 

“Bilik sebelah. Entah apa agaknya yang nak dibetulkan. Dia dah siap awal lagi dah tadi.” suara Hariz tentang isterinya.

“Aku nak tengok minah tu pakai dress labuhlah! Teringin!” suara Junaina.

“Kempunanlah kau, Jun. Dia tak mahu pakai dress labuh tu walaupun puas kena pujuk. Ambil gambar outdoor nanti baru dia pakai” terang Hariz. 

“Perangai tak berubah-ubah betul mak cik tu! Kau jangan risau, Hariz. Nanti aku lecturer dia sikit! Kahwin ni sekali seumur hidup!” suara Junaina lagi.

“Kasi kaw-kaw sikit ayat tu, okay?” tambah Hariz. Shahrul membiarkan Junaina berlalu bersama bayi mereka. 

“Riz.. tahniahlah kat korang berdua. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat” suara Shahrul. 

“Dapat anak, ke anak cucu. Hai, pakai ayat standard nampak? Dah berpuluh-puluh orang cakap macam tu kat aku. Pakailah ayat canggih sikit. Dah tahun berapa dah ni..”suara Hariz menyakat.

“Ah..engkau! Semoga dapat timang anak cepat-cepat, ya? Macam aku sekarang” terburai ketawa antara keduanya. 

“Eh..nantilah. Aku nak berdua dulu. Nak bulan madu lama sikit” nakal suara Hariz. 

“Oi.. umur masing-masing dah 30 tahun, masih nak berdua lagi ke? Sebelum kahwin pun, kan selalu dah berdua. Masih tak puas-puas lagi?” tanya Shahrul. 

“Itu time berkawan, Rul.. tak sama feelingnya macam lepas kahwin ni..” ketawa lagi.

“Kawan? Hah..apa-apa ajelah yang kau rancang. Aku doa yang terbaik.” ujar Shahrul. 

“Hmm.. Riz.” Shahrul menepuk bahu Hariz perlahan. 

“Hah?” 

“Kau jemput dia tak?” 

“Siapa? Dia? Owh, dia.. jemput. Takkanlah aku tak jemput. Kawan.” 

So.. how is she?” 

“Entahlah.. aku tak tahu dia akan datang atau tidak. Kau rasa, dia nak datang ke?” jawapan sambil lewa Hariz menghadiahkan senyum di bibir Shahrul. 

“Eh, kenapa kau senyum pulak?” soal Hariz. 

“Takde apalah. Peehh! Gambar nikah korang ni cantiklah. Tempah mana?” sengaja Shahrul menukar topik perbualan. Meninggalkan Hariz yang masih berteka-teki. Gambar nikah yang diambil kelihatan elegan dan berkualiti. Cantik dan perfect. Nice shot. 

“Kawan recommend. Jurugambar baru. Tapi, profile dia memang bagus. Isteri aku yang pilih. Aku okay je. Tadi dia ada. Agaknya tengah makan kot.” terang Hariz. 

“Gambar outdoor ambil bila?” soal Shahrul. 

Next week. Lepas balik honeymoon kat Pulau Sipadan.” 

“Sipadan? Bang, bila kita nak ke Sipadan pulak, bang? Laut dia cantik bang. Air jernih..” entah bila Junaina masuk. Terus menyampuk masuk. 

“Jomlah ikut kitaorang” pelawa wanita dengan dress pendek mengikut bentuk tubuh berwarna putih gading itu. 

“Ehh.. mana boleh. Kitaorang tak mahu ganggu mood pengantin baru.” sakat keduanya. Si isteri tersenyum manis. 

“Hmm.. kami nak turun dululah. Nak merasa nasi minyak korang. Dah lama teringin sangat." suara Shahrul. 

“Laa.. belum makan lagi ke? Dah.. pergi makan nasi minyak kitaorang. Dulu teringin sangat!” suara Hariz diikuti oleh tawa isterinya. 

“Eh.. ni. Surat siapa ni?” surat daripada Yasmin yang dipegang oleh isterinya itu pantas dirampas. Dalam debar yang cuba ditahan, dia menarik nafas perlahaan.

“Amanah” jawapannya menimbulkan tanda-tanya.

_________________________________________________________________________________


PULAU SIPADAN, SABAH – Bulan Madu

“Saya masih tak percaya yang hari ini akan tiba..” suara si manis itu. Di tangannya 3 kuntum ros putih. 

“Tak percaya?” soal Hariz menduga. Nafas panjang dihela. 

“Bukan. Lebih kepada tak yakinkan diri sendiri. Iyalah saya ni..” jawab gadis itu. 

“Bila awak nak panggil saya dengan panggilan mesra ni? Lama dah orang tunggu.. teringin pulak nak dengar isteri kita ni panggil” sakat Hariz, mematikan perbualan tadi. Isterinya tersenyum. 

“Nak dengar ke?” cuba bermain tarik tali.

“Takut kempunan telur tembakul..” suara Hariz lagi. Isterinya sekadar merenung lama. Langsung tidak lagi bersuara. 

“Okaylah, sayang..” ungkapan ‘sayang’ pada bibir itu kedengaran merdu dan indah sekali. Segaris senyuman di bibir menghadiahkan bahagia pada Hariz. 

“La.. kenapa pulak ni? Salah ke? Tak suka?” wajah suaminya yang tergumam dipandang lama. 

“Sayang tahu tak, this is the first time you ever call me ‘sayang’ ” jelas Hariz. Suasana bertukar sepi. 

“Maaf. saya takut awak tak suka. But now i promise to call you ever. Promise.” janjinya. 

Are you sure? Because there are no turning back for you honey dearest.” usiknya.

You have my words” 

“I should give you this” surat tulisan tangan daripada Yasmin Nur diserahkan kepada isterinya. Tangan itu kelihatan teragak-agak. 

“Surat ni..? Yang hari tu?” soalnya. 

Open it.” wanita itu membuka sampul surat tersebut. Tingkahnya terhenti bila sebaris nama penulis itu dibaca. Matanya berair. 

“Abang terima surat tu masa majlis kat rumah abang.” jelas Hariz. Titisan air mata jernih mengalir dari mata wanita di sisinya.

“Masa majlis kat rumah abang? Tapi..” ada persoalan di situ. Deruan angin yang dingin terasa sehingga ke tulang sum sum. Namun, antara Hariz dan isterinya, masing-masing menanti penjelasan. 

Your naughty postman gave it to me.” ternyata apa yang didengar sebentar tadi tidak salah lagi. Yasmin berdiam diri. Matanya terarah pada anak mata lelaki yang dikasihi sepenuh hatinya; suaminya. 

“Dia melaksanakan amanah Yasmin padanya. Walaupun.. terlambat dari jangkaan. ”senyuman yang lebar terukir di bibir lelaki itu. Tangannya lantas memeluk pinggang si isteri. 

“Sejuknya..” suara Hariz lagi. 

“Jadi.. it’s not because of it i gave up my love to Batrisya. It was you who change my heart.” hati wanitanya tersentuh dengan baris ayat itu. Dia tidak menyangka.. bahagia ini hadiah miliknya! 

“Kenapa?” soalnya ingin tahu. 

“Abang tak sanggup nak lihat best friend abang kahwin dengan lelaki lain? Can you take that for answer?” nakal sekali suara itu mengusik. 

“Boleh, kot. Tapi, malam ni abang tidur kat pantai ya?” ujar Yasmin seraya menolak perlahan tubuh suaminya dan bergerak meninggalkan lelaki itu sebelum.. 

“Mana boleh masuk. Kunci kat abang.” menyesal sungguh Yasmin memberikan kunci bilik kepada suaminya sebentar tadi. Sepantas kilat Hariz meraih pinggang isterinya. Beriringan mereka menuju ke arah chalet mereka. 

“Ingat tak masa abang berkenalan dengan Batrisya?.” soal Hariz memulakan bicara. 

“Apa tak ingat pulak? Sampai orang tu sanggup makan roti kering sebab nak belikan kasut Jimmy Choo pada makwe..” sindir Yasmin dalam gurauan.

“Bukan.” sangkal Hariz. 

“Habis tu? Masa orang tu skip kuliah sebab nak hantar girlfriend dia kat Pudu?” soalnya lagi. 

“Alah, macamlah abang tak pernah hantar Yasmin ke Pudu tu. Bukanlah, sayang! Jauh sangat time tu! Yang lain?” sengaja dia ingin menduga isterinya perihal Batrisya. Menguji sejauh mana wanita itu telah bersabar kerana dilukainya. 

“Kenapa saya nak kena teka bahagian mana pulak ni? Tak nak cakap, sudahlah!” rajuknya. Hariz tersenyum. Salahnya yang ingin mendera perasaan wanita itu. Hariz meraih tangan isterinya bila tangannya terurai dari pinggang isterinya. 

“The first moment i told you about her is.. I suka sifat lembut dalam dirinya. Tapi, semakin abang sedar, abang tak sesuai dengan kelembutan dalam diri Batrisya. I prefer a tough and outspoken person like you. Which i have meet a long time before. Maaf sebab ianya mengambil masa yang lama untuk kita sampai ke tahap ini, Yasmin. Abang tahu, Yasmin ada banyak pilihan lain yang lebih baik dari abang. Tapi, Yasmin still tunggu abang.” suara Hariz lagi. 

“Oh..tough and outspoken, ya? Dulu siapa yang kata perempuan mesti baik, graceful..bla..bla..bla” 

“Habis nak buat macam mana, kalau hati dah terpikat dengan si cantik garang ni.” usik Hariz.

“I think i’ll that that as compliments.” sebenarnya hati Yasmin sudah dipenuhi dengan rasa cinta. Cinta untuk Hariz. 

“Boleh saya bangkitkan satu soalan lagi tentang dia?” soal Yasmin meminta keizinan Hariz. 

“Asalkan abang boleh jawab.” itu balasan Hariz. 

“Apa lebihnya Batrisya dan kurangnya saya? Kenapa Batrisya dan bukannya saya?” Hariz tahu sekiranya soalan ini salah dijawab, ia pasti akan mendatang masalah di kemudian hari. Masalah buat dia dan Yasmin yang selama ini terluka kerana berusaha memendam cintanya. 

“What i can say is.. love is full of surprises. Macam kita. Abang percaya pada jodoh yang Allah SWT tentukan pada kita, sayang. Liku hidup yang kita lalui itu mencorakkan lagi perasaan cinta kita. Abang tak dapat nak jawab kenapa. Tapi, abang yakin yang abang dah lama jatuh cinta pada Yasmin Nur. Macam Yasmin Nur abang ni jugak. Cuma abang tak faham, why it takes you so long to commits your love to me? Lepas tu, kenapa pilih nak berterus-terang masa majlis kahwin kat rumah pengantin lelaki? Pakai cara kolot pulak tu. SMS ke atau emel ke, kan senang.” Hariz lihat isterinya ketawa kecil. 

“Bukan senang nak mengaku tau! Lagipun, pakai surat lebih bagus. Takut mesej tak sampai ke tangan abang lepas tu takut tersalah emel. Kalau bukan Jun yang beriya-iya push saya..sampai sekarang saya tak mau mengaku.” masing-masing ketawa. 

“Banyak sangat tengok cerita tv. Ishh.. kuat terpengaruh betul!” komen Hariz. 

“Lah, salah ke? Orang pakai cara lama. Baru romantik tau.” jawab Yasmin. 

“Kalau tak sampai? Kalau Jun tak hantar?Tanggunglah risiko sendiri, tau. Abang tengah berbahagia dah sebab dah nikah time tu.” sengaja dia mengusik ‘cara lama’ isterinya, walhal dia sendiri pun tidak menyangka Yasmin yang gilakan gadget masih lagi menggunakan cara lama menyatakan isi hatinya. Macam budak-budak betul!

“Iyalah. Bak surat tu. Nak koyak.” rajuk Yasmin. 

“Ini abang punya. Secret admirer abang yang bagi. Yasmin punya nanti abang suruh posmen hantar. Pakai pos laju. Nak tak?” bukan main terkejut lagi Yasmin mendengar jawapannya. 

“Hah?" 

“Balik honeymoon nanti..” seiringan, Hariz menarik lengan Yasmin ke bilik mereka bersama dengan hati yang penuh dengan rasa bahagia. Harapannya semoga cinta ini berkekalan sehingga ke hujung nyawa mereka.. dan anak-anak mereka.

_________________________________________________________________________________


Assalamualaikum Warahmatullah,

Yasmin Nur yang Hariz kasihi dan sentiasa cintai dengan setulus hati. Sayang, semoga perkahwinan kita lebih mengeratkan lagi rasa yang dahulunya tidak pernah kita sangka kita kongsikan bersama. Yasmin Nur Hariz yang sentiasa tersenyum. Senyum yang dalam diamnya menanggung perit derita. InsyaAllah, abang akan menebusnya dengan senyuman bahagia.

Sayang ingat pada cincin arwah mak Hariz di tangan Batrisha? Jenuh Hariz minta dia pulangkan semula. Cincin itu bukan untuk dia. Hariz tahu, Batrisha sendiri pun tahu tentang tu. Sebab tu, dia beriya-iya tidak mahu mengembalikannya semula. Akhirnya, dia mengerti. Dia berikan cincin tu semula sebelum kita ke Pulau Sipadan. Doanya agar kita berbahagia selamanya. Dia minta maaf sebab tipu sayang. Cincin tu dia curi daripada Hariz.

Lain kali kita pergi mendaki Gunung Kinabalu lagi, nak? Hariz rindu suasana dulu. Walaupun waktu tu kita tersesat, kita masih boleh bergelak ketawa bersama. Terima kasih sangat pada Yasmin Nur abang ni. 

Let bygones be bygones. Kita bina hidup baru kita. Hidup Yasmin Nur dan Muhammad Hariz. Kita sahabat baik dan suami isteri sepanjang hidup ini. Hariz tahu yang Hariz dah temui makna soulmate pada satu-satunya Yasmin Nur di dunia ini. I love you!

Belongs to you     
Muhammad Hariz
*cincin -> hadiah hati Hariz buat Yasmin Nur sayang.


“TAMAT’
(28hb Ogos 2009)

clearly la!