Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan-Kareem

Salam Ramadhan rakan-rakan blog sekalian! Kali ni cerita yang berbeza; setiap hari di bulan Ramadhan Kareem tahun ini. Semuanya mungkin tidak banyak beza berbanding tahun lalu. Pengalaman hidup setelah agak berumur kini dan kerdilnya kita hidup di bumi Allah SWT yang luas ini! Satu kenyataan hidup yang azali .
Banyak yang dipelajari dari ceramah dan penceritaan televisyen, blog, buku dan rakan-rakan. Alhamdulillah. Antara yang boleh dikongsikan tercoret di sini sebagai ingatan buat semua yang membacanya dan diri sendiri.

1. Dalam siri Reflections (TVAl-Hijrah) Ramadhan ini, menceritakan bahawa Kejayaan sepatutnya melahirkan kemurahan hati. Maksudnya, kejayaan yang diperoleh setiap manusia di muka bumi; baik kekayaan mahupun kesenangan semakin membuatkan diri kita memandang ke bawah, bersedekah dan lebih memberi kepada insan yang memerlukan. Dengan itu, rasa hati yang tenang juga dapat lahir. Alhamdulillah. Ingatan yang mudah untuk hati yang selalu melupakan. Jadi, tanamkan dalam diri kita bahawa setiap rezeki yang diperoleh juga hak bagi orang yang memerlukan. 

2. Rezeki bulan Ramadhan Kareem yang datang dari Allah SWT tanpa diduga. Pastinya, ada di antara kita yang dikurniakan rezeki begini. Contohnya, kita teringin nak minum atau makan buah laici dalam tin. Kita merancang untuk membeli minuman tersebut untuk berbuka esok. tapi, berkat rezeki yang diberikan Allah SWT, se-tin minuman laici itu diberikan seorang hamba-Nya ikhlas. Alhamdulillah. Semoga Allah memurahkan rezeki insan terbabit.

3. Hebatnya kalimah بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang) yang selama ini diajar kepada kita. Nabi Muhammad S. A. W suka memulakan setiap segalanya dengan kalimah ini. Maka, setiap kali masuk keluar rumah, makan minum dan segala-galanya, hendaklah dimulakan dengannya dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Jika kita cuba sedikit demi sedikit, InsyaAllah.. lama-lama usaha itu pasti membukit. Dengan izin-Nya.

4. Kepetingan kita mempelajari ilmu agar sentiasa merendah diri pada kekuasaan-Nya. Sejujurnya, manusia cuma zarah kecil dalam semesta yang meluas ini. Setiap hari, ada sahaja ketidak-puasan hati  terhadap hidup; lebih teruk lagi ada yang menyumpah seranah. Ilmu penting dalam memberikan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul untuk mengelakkan dari perasan ragu-ragu. Penuhkan diri kita dengan ilmu dunia dan akhirat seadanya. Bak kata pepatah dari Ustaz Pahrul Juoi yang datang memberikan ceramah di kampus bahawa jadilah manusia yang berada di tempat air yang rendah berbanding air yang lebih tinggi. Sebabnya, air yang lebih rendah tempat air berkumpul, kan? 

Suka diingatkan di sini bahawa setiap yang baik itu datang dari-Nya. Yang buruk itu datang dari saya jua. Salam bagi yang membaca. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment