Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 16, 2010

Kepada bayi yang tidak berdosa;

Sebenarnya, sudah lama ingin aku tuliskan sesuatu mengenai berita yang mengejutkan, tetapi umpama trend masa kini. Pembuangan bayi yang langsung tidak berdosa. Teliti pada wajah anak-anak kecil yang hanya mampu menangis dan memandang ibu dan ayahnya; meminta untuk tidak diperlakukan seperti sampah. Nyata sia-sia.

Terbaharu, kampung aku sendiri dikejutkan dengan penanaman bayi perempuan. Bayi ini ditanam di reban ayam milik salah seorang penduduk kampung. Ditemukan dalam keadaan yang menyedihkan, di tanam dibahagian kepala. Gamaknya si ibu berbuat demikian. Aku rasa sangat sedih sekali. Anak yang tadinya dilahirkan sihat sudah tidak bernyawa. Kurniaan dan anugerah tadi hilang sekelip mata. Macam kisah bodoh yang tamat begitu sahaja. Aku jadi sakit hati!

Si ibu yang dituduh membuang anaknya bukanlah insan yang asing padaku. Setahuku, dia seorang gadis yang baik dan sentiasa taat pada ibunya. Anak kedua bongsu daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Lebih mengejutkan padaku, dia bukanlah seorang yang berperangai sosial ataupun mengamalkan gaya hidup bebas. Namun, itu hanyalah sangkaanku. Dia telah mulai kuandaikan haiwan (tidak mungkin lebih teruk lagi) bertopengkan manusia. Mungkin kala itu, nafsu sudah menguasai akal fikiran dan dia hanyut dibuai gelora asmara sehingga rela menyerahkan tubuh genitnya pada kekasih hati tanpa memikirkan kesan perlakuan tersebut. Mungkin juga terdetak di fikiran bahawa sekali melakukannya; mana mungkin berjaya menghasilkan benih? Nyata kuasa TUHAN lebih Maha Agung. Pembalasan bagi mereka yang melakukan kesilapan. Sebenarnya, aku menulis bukan untuk menghukum. Tidak, aku bukan undang-undang yang menanti hukuman dilaksanakan kepada pesalah. Aku hanya berdiri atas keyakinanku. Keyakinan menulis perbuatan terkutuk yang perlu berakhir ini!

Kepada gadis-gadis yang telah mulai terjebak dengan perlakuan hina ini, aku pinta kalian merenungkan diri dan berfikir panjang. Bukan untuk sesiapa, tetapi diri sendiri. Diri sendiri yang penting dan harus difikirkan. Peliharalah kesucian diri dari titik-titik noda yang mencemarkan..

 moe!!~~

Jadi, penulisan ini untuk bayi yang tidak berdosa. Yang tidak pernah diminta untuk dilahirkan sebegini. Yang mempunyai hak untuk disayangi dan dicintai oleh manusia lainnya; terutama insan yang melahirkannya. Jangankan kerana nila setitik rosak susu sebelanga! Fikirkan kesilapan lalu sebagai akibat dan menerimanya sebagai salah satu takdirNya. Pengajaran! Jadikan kenyataan dan realiti kemudian hari lebih manis. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, anak-anak inilah yang membela nasib ibunya. Ibu yang membuat keputusan melahirkannya dan menjaganya meskipun sedar cabaran dunia yang menanti.

Salam ketabahan buat anda. Jangan diulangi peristiwa semalam! T_T

No comments:

Post a Comment

clearly la!