Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

Pengalaman MENDEWASAKAN?

Memasuki fasa baharu dalam kehidupan dan bergelar student memang antara apa yang aku impikan selama ini. Meskipun kadangkala, aku sendiri kurang yakin. Mampukah aku menjalani kehidupan berseorangan tanpa ahli keluarga memandangkan aku sendiri tidak pernah berpisah daripada keluarga dari lahir sehinggalah saat kemasukan ke UiTM ni.. *kecuali camping dll*

Mulanya, aku akui, ada juga tangisan2 marhaenis yang aku simbahkan lantaran kerinduan memikirkan mama, atuk dan adik kat kampung. Kemudiannya, aku berazam untuk mempertingkatkan diri dan menghadiahkan kejayaan pada kesakitan yang aku rasakan saat itu. Segalanya begitu indah di sini dan bermula dari keseorangan, aku kini ditemani oleh kawan2 yang sangat sporting dan nyata memahami. Kami dalam dunia yang sama. Alhamdulillah~

Musim assignment dan presentation sememangnya musim yang tidak mampu dilupakan. Memang sangat menguji kekuatan mental, fizikal dan yang paling penting sekali bagaimana cara kita menghadapi tekanan dalam masa yang semakin menghimpit. Tidur? jangan ceritalah. Semuanya terpaksa dikorbankan. Nak tak nak bila kawan2 satu kumpulan sendiri ada yang buat derrkk aje dengan presentation dan projek yang akan dibentangkan. Apa yang mereka tahu cuma menyalahkan kami yang membuat kerja. Kata-kata pedas seperti 'Tulah, kenapa korang tak siapkan awal-awal' dan 'kenapa nak jumpa lecturer tak ajak kitaorang' membuatkan aku rasa nak bagi penampar sebijik aje kat diaorang. Sejujurnya, aku manusia biasa. Mudah juga hilang rasa sabar yang aku ibaratkan seperti nipisnya kulit bawang. Masing-masing hanya tahu menunjuk kepada kami kesalahan yang disebabkan oleh mereka sendiri!

Teringat pada satu kertas kerja yang sepatutnya dihantar jam 5 ptg. Ingatkan si dia ni berjayalah siapkan mengikut formula jawapan seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Tapi, lain pula jadinya. Dia just cut and paste jawapan daripada assignment! Nak tak nak kitaorang (3 orang ahli yang lain) terpaksalah mengarang kertas kerja. Masa? 4.30 ptg! Mana dia waktu tu? Sikitpun takde rasa bersalah pada kitaorang yang berhempas pulas membuat kerja. Aku yang kebetulan dah 2 hari tak tidur malam (tidur just 1-2 jam sahaja) apa lagi, naik marah! Nasib baik dia takde depan aku, kalau tak memang habis dia kena marah! Aku nak mintak maaf sangat kat member aku (ahli yang lain) yang terkena percikan kemarahan aku hari tu. memang tahap bengang gila!

Sekarang nie, dia buat lagi! Entahlah, dia indeed tua setahun dari aku. Tapi, perangai dia macam tak hormat orang lain. Kenapa dia tak kira pandangan orang lain? In case kalau dia tak tahu atau tak faham, bukannya dia nk tanya. Dah tu, buat muka blur depan lacturer, ingat lecturer nak bagi markah kesian kat dia? Pengsan sedar balik pun tak mungkinlah! Bila dia kata hitam, hitamlah jawapan dia. takkan ada perubahan. sakit jantung tengok orang macam nie. Semua kesalahan bagi pada orang lain. Sampaikan nak sewa kereta pun jadi issue dan 'masalah' bagi dia. Tapi, rupa-rupanya dia yang create masalah tu. Nak bawak orang lain bukannya nak bagitahu. Apa? Dia expect orang faham-faham sendiri ke? Apalah! Hisssssssssssh!

No comments:

Post a Comment

clearly la!